ubat gamat
Sponsored | Uncategorized

Madu Gamat: Produk Kesihatan Tradisional Terbaik

September 24, 2017

Dengan gaya hidup yang mencabar lebih-lebih lagi buat mereka yang dilanda kesibukan di kota raya, adalah menjadi sukar untuk kita memastikan tubuh badan kita mendapat khasiat, waktu rehat, dan juga waktu bersenam yang mencukupi. Jika dibiarkan perkara ini berlanjutan, ia sudah pasti akan menyebabkan tubuh badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik dan ia boleh mengganggu sistem imunisasi badan. Seterusnya, ini akan menyebabkan kita mudah terkena penyakit.

Oleh yang demikian, mengamalkan pengambilan makanan tambahan mula menjadi kepentingan. Di dalam banyak-banyak jenis makanan kesihatan di luar sana, terdapat sejenis produk yang sememangnya dikatakan dapat memberikan manfaat yang sangat baik, iaitu produk campuran madu gamat. Produk ini dikatakan dapat memelihara tubuh badan daripada penyakit di samping memberikan khasiat yang diperlukan tubuh badan supaya dapat berfungsi pada tahap yang optimum. Malah, ia juga dapat membantu merawat penyakit-penyakit tertentu, seperti gastrik, buasir, asma, sakit jantung, dan banyak lagi.

Rahsia Di Sebalik Keberkesanan Produk Madu Gamat

Hal ini kerana produk madu gamat ini adalah hasil daripada formulasi yang membolehkan dua bahan semulajadi yang paling banyak khasiat dicampurkan dan digunakan bersama-sama. Dua bahan ini adalah madu dan gamat.

Madu Gamat Tariq Sufi
Salah satu daripada produk campuran madu dan gamat yang tersohor di Malaysia adalah Madu Gamat Tariq Sufi.

Madu dan Khasiatnya

Madu adalah sejenis bahan yang wujud secara semulajadi hasil daripada pengumpulan nektar bunga yang dikutip daripada lebah.  Nektar ini yang telah menjalani proses regurgitasi sebenarnya disimpan oleh lebah untuk dijadikan sumber makanan mereka sendiri. Madu mempunyai rasa yang manis, hampir sama seperti gula kasar. Meskipun begitu, sebab utama madu menjadi tumpuan bukanlah kerana rasanya yang lazat, tetapi khasiatnya yang tersendiri.

Madu juga ada disebut di dalam kitab suci dan ia juga adalah salah satu daripada makanan sunnah kerana khasiatnya yang tersendiri. Oleh yang demikian, bahan ini telah digunakan secara turun temurun sebagai bahan makanan tambahan utama untuk membantu memberikan zat yang diperlukan tubuh badan.

Gamat dan Khasiatnya

Gamat atau timun laut pula adalah sejenis hidupan laut yang dikatakan mampu merawat penyakit yang melibatkan luka-luka dan sebagainya. Gamat adalah salah satu daripada tarikan utama di Pulau Langkawi kerana ianya lebih mudah ditemui di sini. Dek kerana khasiatnya, gamat mula dikomersialkan sebagai produk perubatan alternatif, terutamanya sebagai minyak gamat untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuklah masalah kecil seperti luka-luka.

Bukan itu sahaja, gamat juga diambil dan diproses untuk menjadikan pati supaya ia dapat digunakan untuk faedah-faedah lain seperti mambantu merawat luka dalaman, termasuklah luka selepas bersalin.

Potensi Produk Madu Gamat yang Semakin Meluas

Dengan khasiat yang ada pada salah satu daripada bahan semulajadi ini, bayangkan sahaja manfaatnya apabila ia diambil bersama. Oleh yang demikian, anda amat disarankan untuk memilih campuran madu gamat disebagai bahan pemakanan tambahan harian supaya dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik.

Sila layari madugamat.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini.